Bidalan ialah kata-kata yang sering disebut dan
mempunyai nasihat serta pengajaran di dalamnya (Kamus Dewan). Bidalan juga
merupakan sejenis peribahasa yang memaparkan unsur nasihat, pedoman, atau
pengajaran kepada masyarakat dalam bentuk ungkapan yang ringkas. Bidalan
juga membawa maksud yang tidak sama dengan maksud perkataan yang digunakan.
Bidalan mempunyai maksudnya yang tersirat di sebalik susunan kata-kata
yang membentuknya. Bidalan tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu
seperti perumpamaan. Contoh bidalan “Di Mana
Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan “
Bidalan “Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan “
Bidalan “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”. Bidalan ini membawa maksud, sekiranya kita berkehendakkan sesuatu,
kita harus berusaha, untuk mencapai matlamat yang ingin kita kecapai , berbagai
strategi harus dipilih untuk
dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai. walau bagaimana sukar
sekalipun pekerjaan tersebut, kita tetap berusaha untuk melaksanakannya. Jadikanlah
kepayahan sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan.
Bidalan
ini sinonim dengan bidalan “ hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”.
Contohnya, jika seseorang itu mahu akan sesuatu maka dia perlulah berusaha
sedaya upaya. Sekiranya kita bercita-cita untuk menjadi seorang doctor,
seharusnya kita telah belajar dengan gigih dan bersungguh-sungguh dari
peringkat rendah dan menengah lagi. Apapun cabaran yang yang menghalang
dihadapan pasti kita dapat menghadapinya dengan adanya usaha yang berlipat ganda
dari pihak kita sendiri, contohnya dapatkan bantuan daripada guru-guru dan
kawan karib yang boleh membantu. Begitu juga halnya jika seseorang
itu gagal dalam mencapai sesuatu, dia mesti berusaha dengan lebih gigih dan
lebih tabah lagi. Kegigihan dan ketabahan berusaha akan menjanjikan kejayaan yang
berlipat ganda.
Sebaiknya-baiknya, kepayahan dan kegagalan masa lalu boleh dijadikan penggerak
untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, kita tidak seharusnya cepat berputus asa.
Usaha serta ikhtiar yang maksimum mampu menukar khayalan menjadi realiti.
Sehubungan dengan itu, jika seseorang itu bertekad mahu menebus kegagalannya, dia
akan melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar. Jika kita tidak bersemangat maka
berbagai-bagai alasan akan diberikan. Untuk berjaya, alasan perlu dijauhkan.
Berdasarkan
maksud bidalan ini, ternyata bahawa tujuan penciptaannya untuk mengingatkan
kita supaya sentiasa mempunyai semangat juang dan sentiasa bersiap siaga
untuk menghadapi semua cabaran dan
dugaan. Hal ini sedemikian kerana sudah pasti kita dapat menempuhnya
dengan baik dan penuh keyakinan jika kita mempunyai semangat juang yang kuat.
Oleh itu, bidalan ini sesuai dijadikan pegangan hidup atau pedoman oleh segenap
lapisan masyarakat tanpa mengira ras, agama atau latar belakang kehidupan.
Dalam kehidupan seharian, isi
tersirat dalam bidalan ini wajar kita
amalkan. Misalnya, semasa kita dalam menghadapi masalah dalam kehidupan, kita jangan
mudah putus asa, kita seharusnya sentiasa mencari jalan penyelasaian, kerana
sekiranya kita berusaha kita boleh menghadapi semua cabaran dan beroleh kejayaan.
Pengajaran penting yang
kita dapat dalam bidalan ini ialah dalam kehidupan seharian, kita sentiasa berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapi tujuan atau cita-cita kita. Apapun rintangan yang menghalang kita pasti
ada jalan sekiranya kita berusaha tanpa rasa putus asa.
No comments:
Post a Comment