Pada pendapat saya penggunaan
Pepatah dan Bidalan Melayu masa kini dalam konteks warisan budaya dan ketrampilan penggunaan bahasa adalah masih
sesuai, kerana peribahasa
merupakan salah satu unsur kekayaan sesuatu bahasa dan diaplikasikan oleh
setiap manusia. Penggunaan ungkapan sesuatu
peribahasa mempunyai makna yang tersirat yang cukup mendalam. Penggunaan
sesuatua peribahasa juga adalah untuk mengelakkan penyampaian sesuatu teguran
itu menyinggung perasaan. Hal ini juga adalah bertujuan untuk kelancaran
komunikasi lisan dan tulisan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan pepatah dan bidalan
yang dicipta orang dahulu kala masih benar dan sahih sehingga kini, namun
terdapat sebilangan kecil pepatah dan bidalan tersebut yang tidak dapat
diterima pakai lagi pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang
serba moden dan canggih ini. Contohnya “Rezeki secupak tidak akan menjadi
segantang”, “Biar mati anak, jangan mati adat”, dan “Hutang darah dibayar
darah”.
Pada pendapat saya secara peribadi,
ketiga-tiga contoh pepatah dan bidalan yang dikemukakan di atas tidak sesuai
digunapakai pada masai kini, kerana beberapa alasan seperti yang diterangkan di
sini. Contoh pepatah dan bidalan yang pertama jika diamalkan bukan saja dapat
mematikan semangat juang seseorang individu, malah akan menjadikannya seorang
yang tidak menginginkan kemajuan. Sekiranya seluruh masyarakat berpegang pada
fahaman sedemikian, maka masyarakat tersebut akan berada di takuk lama dan
tidak mempunyai semangat juang untuk bersaing dalam memajukan diri.
Sementara bidalan yang kedua lebih
mementingkan adat daripada anak sendiri. Dalam konteks ini, masyarakat dahulu
kala mementingkan kelompok daripada individu. Namun pada dewasa ini, para ibu
bapa tidak sanggup lagi mengorbankan anak sendiri semata-mata untuk
mempertahankan adat masyarakat. Sebaliknya, anaklah yang diutamakan daripada
segala-galanya. Itulah nilai masyarakat hari ini.
Contoh bidalan yang ketiga pula tidak
harus dipraktikkan kerana mendorong keluarga mangsa bertindak balas terhadap
pembunuhnya. Sekiranya hal sedemikian dilakukan, masyarakat akan menjadi tidak
tenteram. Pada masa sekarang kita mempunyai pasukan polis dan badan kehakiman,
jadi biarlah mereka yang menjalankan siasatan terhadap sebarang jenayah dan
manjatuhkan hukuman ke atas pesalah.
No comments:
Post a Comment