Pepatah didefinisikan sebagai susunan bahasa yang menjadi sebutan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam dan berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah. Contoh pepatah “Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya”. Maksud pepatah jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya bermaksud sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.Bagi mencapai sesuatu matlamat, seseorang itu harus berusaha. Usaha yang berterusan harus mempunyai elemen-elemen berikut : (taufikhidayah11.blogspot.com/)
- Mempunyai kemahuan yang kuat mencapai kejayaan.
- Mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa usaha yang hebat akan menghasilkan kejayaan.
- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan sanggup membantu orang lain bagi mencapai kejayaaan yang sama
- Mempunyai kaedah yang hebat untuk Berjaya
2.2 Pepatah “Kalau
Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya”.
“Kalau
Tidak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya” bermaksud jika kita
berkehendakkan sesuatu kejayaan kita hendaklah berusaha dengan
bersungguh-sungguh. Jika kita hendakkan keputusan peperiksaan yang cemerlang
kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh, banyakkan mengulang kaji nota-nota
dan buat catatan yang membolehkan kita dapat mengingati fakta-fakta yang kita
pelajari supaya kita dapat menjawab soalan peperiksaan kelak. Untuk menerangkan
lebih lanjut maksud pepatah di atas, sebagai contoh, seorang pelajar sekiranya
ingin mencapai cita-cita di masa hadapan, dia mestilah belajar dengan tekun
tanpa mensia-siakan masa. Setiap orang mempunyai cita-cita yang tersendiri. Ada
orang yang ingin menjadi doctor, peguam dan berbagai-bagai lagi. Untuk mencapai
cita-cita ini, mestilah berusaha bermula dari peringkat sekolah rendah,
menengah dan seterusnya ke universiti. Di masa peringkat-peringkat tersebut,
kita hendaklah belajar dengan gigih dan tekun tanpa mencuaikan pelajaran dan
masa. Dengan ketekunan dan usaha yang
gigih, tentu sahaja kita akan berjaya. Pepatah yang mempunyai maksud
yang sama dengan pepatah di atas ialah “Berakit –rakit ke hulu, berenang
–renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.
Sebagai contoh, seorang petani yang
berpendapatan rendah pastinya mempunyai cita-cita untuk menambahkan lagi hasil
pendapatannya. Oleh itu, petani ini mestilah rajin mengerjakan kebunnya dengan
baik. Hasil daripada jualan pendapatan daripada kebunnya hendaklah dikumpulkan
sedikit-sedikit. Wang yang dikumpulkan itu tentunya akan menjadi banyak
dan boleh untuk membeli alat-alat
pertanian moden. Pembelian baja-baja dan racun-racun serangga serta peralatan
moden membolehkan hasil keluaran meningkat. Dengan adanya kewangan yang cukup
akan membolehkan pekebun ini meluaskan tanah kebunnya. Di sinilah letaknya
kejayaan seorang pekebun setelah bersusah-payah terlebih dahulu untuk
meninggikan lagi pendapatan dan mencapai cita-citanya untuk menjadi petani
moden yang berjaya.
Dari contoh di atas dapatlah kita lihat
betapa penting usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai satu cita-cita.
Tanpa usaha, seseorang itu tidak akan mencapai segala cita-citanya.
Pengajaran penting yang dapat dipelajari
daripada pepatah ini ialah kita janganlah lekas berputus asa jika berhadapan
dengan sesuatu masalah. Kita mestilah menanam semangat yang gigih bagi mencapai
cita-cita yang kita idam-idamkan.
No comments:
Post a Comment